top of page

Naradata Bahasa, Sastera & Budaya 2020

3 Disember 2020
Hotel HIG, Langkawi
Tema: Penyelidikan Bahasa, Sastera & Budaya dalam Era Pandemik

Naradata Bahasa, Sastera & Budaya 2020: Sejarah Tercipta!

Naradata Bahasa, Sastera & Budaya 2020, iaitu seminar kebangsaan dalam talian anjuran Unit Bahasa, Sastera dan Budaya (UBSBM), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) pada 3 Disember 2020 merakam sejarahnya yang tersendiri. Program bertemakan ‘Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik’ yang dilangsungkan secara maya menerusi platform Webex ini mengupas pelbagai isu dan permasalahan berkaitan aspek kebahasaan, sastera dan budaya sebagai satu manifestasi keprihatinan warga SLCP dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengenai penularan dan kesan pandemik Covid-19.

Perasmian Naradata 2020 dilangsungkan secara serentak dalam talian dan secara bersemuka di Hotel HIG, Langkawi, dan disempurnakan oleh pengarah program, Dr. Tarmizi Hasrah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa syukur dan bangga atas kejayaan program ini yang disertai seramai tiga puluh empat pembentang makalah UUM dan universiti tempatan lain, walaupun Naradata 2020 hanya dirancang beberapa bulan sebelumnya. Dr. Tarmizi turut berkongsi rasa gembira beliau dengan menguar-uarkan bahawa makalah Naradata 2020 berbentuk E-Prosiding turut berpeluang diterbitkan dalam Jurnal Pendeta terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Semoga program dwitahunan ini terus melangkah ke hadapan bagi menjenamakan rencana ilmiah UUM, khususnya UBSBM dan SLCP ke tahap yang lebih tinggi. Jumpa anda di Naradata 2022!

bottom of page