top of page

Pemukiman OBE 2020

2 - 5 Disember 2020
Hotel HIG, Langkawi

Pemukiman OBE 2020: UBSBM terus mengorak langkah

Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (UBSBM), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) terus mengorak langkah bagi merealisasikan hasrat untuk menyepadukan perancangan sukatan pelajaran dalam kalangan tenaga pengajarnya, selaras dengan ketetapan pihak University Teaching and Learning Centre (UTLC). Bermula dari 2 hingga 5 Disember 2020 di Hotel HIG, Langkawi, warga USBSM berhimpun bagi menjayakan program Pemukiman OBE 2020 bagi dua program sarjana mudanya, iaitu Sarjana Muda Linguistik dan Teknologi Maklumat dan Sarjana Muda Kesusasteraan dan Pengurusan Industri Kreatif.

Program yang berlangsung selama empat hari ini turut diserikan dengan kehadiran Dekan dan Timbalan Dekan SLCP, Prof. Dr. Shukri Ahmad dan Dr. Hishamudin Isam, serta Ketua UBSBM, Dr. Rohaya Md Ali. Dalam ucapan perasmian beliau, Prof. Dr. Shukri menegaskan bahawa tunjang falsafah perancangan dan penstrukturan sukatan pelajaran perlu difahami dan dititikberatkan oleh pensyarah UBSBM. Jelas beliau lagi, kesemua tenaga pengajar memainkan peranan penting bagi memastikan visi dan misi SLCP secara khusus, dan UUM secara umumnya dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Pemukiman OBE secara rasminya dikendalikan oleh Dr. Nasihah Hashim bagi Program Sarjana Linguistik dan Teknologi Maklumat, manakala penstrukturan Table 4 Program Sarjana Muda Kesusasteraan dan Pengurusan Industri Kreatif dikendalikan oleh Dr. Khairul Faiz Alimi dengan seliaan Dr. Maizatul Azura Yahya. Program ini turut disempurnakan dengan perasmian laman web UBSBM oleh En. Mohamad Zakuan Tuan Ibharim dan Bengkel Pengkaryaan UBSBM oleh Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid dan En. Mohd Haniff Mohammad Yusoff.

bottom of page