top of page

Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan Program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BLIT)

Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan BLIT

Dikala pandemik Covid-19 ini berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh lupa akan hari yang penting buat negara kita iaitu Hari Kemerdekaan. Justeru itu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-64, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah telah menganjurkan satu pertandingan menghasilkan video pendek yang bertemakan Kemerdekaan.

Pertandingan ini telah disertai oleh tujuh kumpulan dan setiap kumpulan diwakili lima orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa-mahasiswa program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BLIT). Pelbagai hadiah menarik juga disediakan untuk para pemenang.

Setiap kumpulan menghasilkan video pendek ini dengan mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada dan juga kemahiran yang dipelajari ketika berada di dalam program BLIT ini. Oleh itu, para pelajar tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan video pendek tersebut pada masa yang ditetapkan. Setiap video yang dihasilkan juga mempunyai maksud yang tersendiri.

Diharapkan pandemik Covid-19 ini segera berakhir supaya sambutan kemerdekaan dapat dilakukan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga dengan penganjuran pertandingan ini juga dapat menaikkan semangat patriotik setiap warganegara Malaysia untuk tidak berputus asa berjuang melawan virus Covid-19 ini dan mengembalikan semula kemerdekaan dan kebebasan negara seperti dahulu.

Klik untuk ke pautan video: https://youtu.be/SlEVNTG5Kvc

bottom of page